Entry: pEtIkAn uTuSaN MaLaYsIa - 13/04/2005 Wednesday, April 13, 2005





20,000 dipindah Gunung Berapi Talang mula muntahkan debu

JAKARTA 12 April - Lebih 20,000 orang penduduk yang tinggal di sekitar Gunung Talang, timur Padang di Sumatera, dipindahkan apabila gunung berapi itu mula memuntahkan debu, hari ini.

Mereka yang tinggal di kawasan cerun gunung itu terpaksa bertindak demikian kerana masih dalam keadaan trauma akibat dilanda gempa bumi kuat baru-baru ini.

Gunung berapi setinggi 2,599 meter itu hanya terletak kira-kira 40 kilometer ke timur Padang, ibu negeri wilayah Sumatera Barat.

Seorang pegawai meteorologi dan geofizik di bandar Padang Panjang di barat Sumatera berkata, Gunung Berapi Talang itu mengeluarkan debu pada pukul 3.42 pagi waktu tempatan (4.32 pagi waktu Malaysia) pada jarak kira-kira satu kilometer di sekeliling puncaknya.

Agensi berita Antara pula memetik seorang pegawai ahli vulkanologi sebagai berkata, status Gunung Berapi Talang telah dinaikkan ke peringkat `berjaga-jaga'.

Peringkat berjaga-jaga itu menandakan bahawa Gunung Berapi Talang sudah berada pada tahap terakhir sebelum ia meletup sepenuhnya.

Ahli vulkanologi berkenaan, Gede Suwantika memberitahu, Gunung Berapi Talang kini sangat aktif dan berupaya mengeluarkan magma lebur dan debunya pula mengandungi gas beracun yang mampu membakar semua benda di hadapannya.

``Awan panas yang terperangkap di atas udara boleh menurun ke kawasan rendah sejauh beberapa kilometer. Keadaan inilah yang kami bimbangkan,'' tegasnya.

Sebelum ini, seorang pakar warga Australia memberi amaran Indonesia mungkin dilanda letupan gunung berapi yang amat kuat ketika negara itu berusaha untuk pulih daripada gempa bumi kuat kedua dalam tempoh tiga bulan lalu.

Profesor dari Pusat Pengajian Geosains Universiti Monash, Ray Cas berkata, gunung berapi paling besar di dunia terdapat di Tasik Toba, kawasan di mana berlakunya dua gempa bumi kuat tersebut.

Cas berkata kepada media Australia bahawa Tasik Toba berada di garisan gelinciran Sumatera iaitu di mana ahli-ahli seismologi meramalkan gempa bumi ketiga mungkin berlaku.

Kedua-dua kejadian gempa bumi itu telah meningkatkan tekanan seismos yang mungkin mempercepatkan letupan gunung berapi berkenaan.

Cas berkata, kali terakhir letupan gunung berapi di Laut Toba berlaku pada 73,000 tahun lalu di mana kejadian itu telah mengubah cuaca dunia.

Sementara itu, seorang pegawai di daerah Talang Solok, Elfi Sahlan Ben memberitahu laman web berita Detikcom, abu di Gunung Talang kini dibawa ke bawah khususnya di sekitar kawasan cerun gunung mengakibatkan gas berbau busuk melitupi seluruh kawasan Gunung Talang.

Pegawai Geografi dan Meteorologi, Sugeng pula berkata, pejabatnya telah memberi amaran kepada para penduduk supaya mengelakkan kawasan yang diselaputi debu itu.

``Kami masih memantau aktiviti gunung berapi itu tetapi setakat ini, tiada sebarang gegaran gunung berapi dikesan,'' katanya.

Padang dilanda gempa bumi kuat berukuran 6.7 pada skala Richter pada hari Ahad lalu, yang menyebabkan berlaku kerosakan kecil dan mencetuskan keadaan panik di kalangan beribu-ribu penduduk yang melarikan diri ke kawasan tinggi kerana bimbang berlaku ombak besar tsunami.

Gegaran itu adalah ekoran dua kejadian gempa bumi yang kuat yang berlaku di kawasan perairan Sumatera baru-baru ini.

Gempa bumi sekuat 9.3 pada skala Richter menggegarkan Aceh dan beberapa bahagian Sumatera Utara pada 26 Disember lalu, mencetuskan ombak besar yang memusnahkan kawasan pantai di beberapa buah negara Asia dan Afrika, dengan lebih 220,000 orang terbunuh atau hilang.

Pada 29 Mac lalu, satu lagi gempa bumi kuat menggegarkan pulau Nias dan Simeulue, dekat pantai barat Sumatera dengan kekuatan 8.5 pada skala Richter, menyebabkan lebih 600 orang terbunuh



KeSiMpUlAn DaRi aKu: DuNiA SeMaKiN HaMpIr dEnGaN PeNgAkHiRaNnYa.....MaNuSiA DaN AkU SeNdIrI KiNi pErLu mElEnGkApI DiRi,jIwA,AkHlAk dAn iBaDaH DeNgAn sEmPuRnA....

   4 comments

lady
April 25, 2006   12:07 PM PDT
 
met kenal ya
julia
April 13, 2005   12:30 PM PDT
 
paper kepunyaan black...heheheheee
KaY_ReX
April 13, 2005   11:44 AM PDT
 
pEpEr indOn manE nkO ambik niE.. niE mEsti indOn kat blakang ghUmah nkO kan..
KaY_ReX
April 13, 2005   11:44 AM PDT
 
pEpEr indOn manE nkO ambik niE.. niE mEsti indOn kat blakang ghUmah nkO kan..

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments