|
Kijang sesat diserang anjing mati akibat tekananMELAKA 13 April - Kijang betina yang tersesat dari habitatnya dan memasuki sebuah rumah di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur sebelum dibawa ke Zoo Melaka kelmarin, mati awal pagi ini akibat tekanan. Pengarah Zoo Melaka, Mohd. Nawayai Yasak berkata: ``Tekanan itu berlaku apabila kijang tersebut cedera diserang oleh anjing, berada luar dari habitatnya selain terkurung dan disebabkan perjalanan yang jauh dari Kuala Lumpur ke Melaka.'' Menurutnya, kijang dari spesies muntiacus muntjak itu mati kira-kira pukul 1 pagi ini di tempat kurungannya. ``Berdasarkan laporan bedah siasat, tanda-tanda tekanan atau capture myopathy itu berlaku pendarahan pada otot dan darah yang terkumpul terlalu banyak pada tiga organ penting iaitu buah pinggang, limpa dan hati. ``Pihak zoo merasa kesal dengan perkara ini, bagaimanapun kita telah melakukan setakat yang terdaya dan mengikut segala prosedur perlu bagi menyelamatkan kijang itu, tetapi tidak berhasil,'' katanya kepada Utusan Malaysia hari ini. Kijang betina berusia lebih dua tahun itu yang pada awalnya disangka rusa oleh penduduk, dipercayai tersesat dari habitatnya dan meluru masuk ke sebuah rumah di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur kira-kira pukul 11.45 pagi kelmarin dengan badannya berlumuran darah, ketika cuba melarikan diri daripada dibaham sekumpulan anjing liar. Berikutan itu kijang berkenaan yang mengalami luka di punggung dan tercabut kuku sebelah kanan kaki belakangnya dibawa ke Zoo Melaka kira-kira pukul 6 petang pada hari yang sama untuk rawatan lanjut. Kijang itu dibawa ke Zoo Melaka kerana kepakaran yang dimiliki untuk merawat binatang tersebut. Selain itu, Zoo Melaka terletak di bawah pengurusan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan). Mohd. Nawayai berkata, berdasarkan pengalaman pihaknya, kijang yang tertekan itu memang mempunyai peluang amat tipis untuk hidup tambahan pula keadaannya tidak begitu cergas ketika dibawa ke Zoo Melaka. ``Dengan mengambil kira tekanan yang dihadapi oleh kijang itu, kematiannya bukanlah sesuatu memeranjatkan. ``Berdasarkan pengalaman, bagi kijang yang tertekan, tempoh seminggu merupakan masa kritikal dalam menentukan ia dapat hidup atau sebaliknya,'' katanya. Beliau berkata, sejak dibawa ke Zoo Melaka, kijang itu berada dalam pemerhatian rapi dan pengawasan Dr. Sandie Choong. ``Kijang itu telah diberi ubat penenang jangka panjang, antitekanan dan dikuarantin, begitupun ia amat tertekan,'' katanya. Tambahnya, semalam kijang itu dilaporkan telah mula minum air, tetapi masih belum memakan daun serta pucuk yang diletakkan dalam kurungan. kEsImPuLaNnYer : aNdAi mAnUsIa pUnYaI TeKaNaN....aPaTaH LaGi hAiwAn ...kAlAu iKuTkAn sEmUa hAiWaN InI BoLeH BeRkAtA2...tApI ApAkAn dAyA...TaHaP KeJaDiAnNyEr iTu mEnGiKuT kEtEnTuAn-NYA.......... |
| Leave a Comment: |