|
ADIK PELAKON, ARTIS DITAHAN AMPANG: Seorang lagi artis ditahan berhubung penyalahgunaan dadah selepas polis menyerbu sebuah unit di kondominium di Bukit Antarabangsa di sini, petang kelmarin. Bekas penyanyi wanita berkumpulan berusia 29 tahun itu diberkas sepasukan polis di kediamannya jam 3.30 petang, kelmarin.Turut ditahan adik lelaki kepada seorang pelakon drama popular dan lima penghuni lain yang bekerja sebagai pemuzik dan peniaga.Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner, Azri Ahmad yang ditemui semalam, mengesahkan penangkapan itu, namun enggan mengulas lanjut. Sumber polis berkata, sepasukan anggota Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang menyerbu kediaman artis terbabit selepas mendapat maklumat.Menurutnya, seorang penghuni rumah mengambil masa beberapa minit untuk membuka pintu sebelum polis menjalankan pemeriksaan terhadap tiga bilik di situ."Seorang wanita membuka pintu rumah sebelum polis menunjukkan kad kuasa bagi membolehkan pemeriksaan dijalankan. "Polis memeriksa seorang lelaki dan wanita yang berada di dalam bilik utama sebelum menemui beberapa paket plastik berisi dadah jenis syabu dalam beg pinggang."Bilik kedua diperiksa dan menemui satu lagi pasangan lelaki dan wanita di dalamnya. Pemeriksaan polis turut menemui dadah jenis ketomin dan syabu."Seorang lelaki dan wanita yang berada di dalam bilik ketiga turut ditahan kerana polis menemui daun kering dipercayai ganja di situ," katanya.Susulan itu, polis membawa empat wanita dan tiga lelaki terbabit ke IPD Ampang untuk menjalani ujian air kencing.Hasil ujian, polis mendapati mereka berusia antara 23 hingga 45 tahun itu positif mengambil dadah.Sementara itu, penyanyi bersama enam rakannya itu dibawa ke Mahkamah Majistret Ampang, jam 3 petang semalam untuk mendapat perintah tahanan reman.Mereka yang menutup muka dengan baju dibawa keluar dari perkarangan mahkamah oleh anggota polis pada jam 3.30 petang. "Semua wanita dan lelaki terbabit dikenakan tahanan reman selama 4 hari sehingga Jumaat ini.Difahamkan penyanyi terbabit pernah merakamkan lagu remix, berlakon drama dan sebuah filem.Semua yang ditahan itu dijangka didakwa mengikut empat Seksyen di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 iaitu Seksyen 39A (1), Seksyen 12 (2), Seksyen 6, dan Seksyen 15 (1)(a). Menurutnya, polis masih meneruskan siasatan kemungkinan dadah dirampas itu turut diedarkan kepada penagih lain.Pada 23 Mac lalu, pelakon dan penyanyi Noor Shereen Mohamad Hadzim atau lebih dikenali sebagai Shereen, serta tiga lelaki termasuk teman lelakinya dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas tiga tuduhan menghisap dan memiliki tiga jenis dadah di C1-1-C3, Pangsapuri Subang Ville Ehsan, Jalan PJS 10/11, Taman Sri Subang kira-kira jam 2 pagi, pada 5 Mac lalu.
KeSiMpUlAn : AdEsSs...kAn DaH KaNtOi.......DaH sEnAnG HiDuP Tu ...rEzEkI...tApI .......NaK JuGaK CaRi sUsAh.... CaMnEr.....tAk sEdAr dIuNtUnG ToL La.... |