Entry: AdA jUgA MaNuSiA BeGiNi YeR... Tuesday, May 10, 2005





"Mak oo mak.., Man pelik la mak..", jerit Man memanggil-manggil ibunya.

"Apa yang pelik sangat tu Man oi", sahut ibunya dari dapur. Man meluru ke dapur bila terdengar suara ibunya . " Mak.. tengoklah ni..", kata Man seraya menunjukkan kepingan surat panjang yang berwarna putih kepada ibunya .

"Wah banyak surat ko dapat hari ni Man.. dari sape?", tanya ibunya kehairanan .

"Hari tu kan Man ada bagitau mak yang Man nak mohon kerja." terang Man.

"Hah , habis tu .. surat tu kata apa ?", tanya ibunya dengan wajah yang sedikit ceria .

"Ko dapat ke tawaran kerja tu ..Man?" tanya ibunya lagi .

"Tak .. ni semua surat yang Man pos 3 bulan lepas .. konon nak mohon kerja sebagai juru auditlah tapi....",kata-kata Man terhenti di situ. Ibunya menggeleng tanda paham . "Ala.. belum ada rezeki la tu Man oi.. janganlah ko risau .. rezeki ada di mana-mana ..yang penting usaha dan tawakal ..". ibunya cuba memujuk . Man termenung memandang ke lantai tanpa sepatah kata. "Kalau susah sangat .. ko kerja jer kat kilang sabun tu ..", kata ibunya lagi .

"Mak..Man peliklah ..nape surat ni ada cop KICK ?" ,tanya Man sambil menunjukkan cop yang tertera di luar sampul surat . Ibunya kehairanan lalu bertanya , "Eh ..KICK tu maknanya tendang kan Man?". Man hanya mengangguk. "Bak sini bagi mak baca surat kau tu..", kata ibunya lalu mengambil dan mengeluarkan surat tersebut dari sampulnya . Surat tu bertaip dengan rapi sekali seolah-olah tiada sebarang cela . Ibu Man membaca dari perkara.




PER: MEMOHON KERJA SEBAGAI JURU AUDIT.

Suka citanya saya seperti nama di atas ingin memohon kerja sebagai juru audit di syarikat tuan seperti yang telah diiklankan di surat khabar bla.. bla.. bla.. bla.. bla.. bla.. bla.. bla..bla.. bla.. bla.. bla..bla.. bla.. bla.. bla..bla.. bla.. bla.. bla..bla.. bla.. bla.. bla..bla.. bla.. bla.. bla..bla.. bla.. bla.. bla..bla.. bla.. bla.. bla..bla.. bla.. bla.. bla..bla.. bla.. bla..

2) Di sini saya ingin bertanya serba sedikit soalan kepada tuan.

a) Kalau saya di terima berkerja , berapakah gaji yang akan tuan bayar memandangkan saya berkelulusan diploma?

b) Adakah saya akan dipindahkan ke syarikat lain memandangkan syarikat tuan banyak cawangan . Kalau ya di manakah saya akan dipindahkan?

c) Bila tuan nak menemuduga saya ? Kalau boleh biarlah cepat sikit manalah tau ada syarikat lain yang akan panggil saya dalam masa terdekat ni..melepas pulak tuan nanti .

d) Dekat syarikat tuan ada kemudahan seperti surau tak? Senanglah bagi kami orang islam nak beribadah nanti.

e) Tempat juru audit tu tempat yang dikhaskan ke atau terbuka bersama-sama stuff lain?


Itulah serba sedikit mengenai butir diri saya buat rujukan tuan. Kerjasama dari pihak tuan amatlah di harapkan dan saya hargai dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian .

P/s: Tuan nanti saya akan hadiri temuduga saya dengan kemeja dot-dot hitam putih yang dipadankan dengan seluar slack warna pink untuk memudahkan tuan mengenali saya.





Yang Benar,

____________

( MAN BIN BAI )

   3 comments

julia
May 11, 2005   01:38 PM PDT
 
tu la pasal...nie kwn aku yg habaq mai.....
nd
May 11, 2005   09:58 AM PDT
 
la..ni sape interview sape ni..?patutla kene kick..silap hari bulan kene flying kick!
Cari
May 10, 2005   01:37 PM PDT
 
Apalah ko ni man bengap sangat..patutlah surat ko kena kick

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments