Entry: aNgGuK-AnGgUk - GeLeNg-gELeNG Friday, June 17, 2005



JOM MENYANYI RAMAI-RAMAI.....1..2...3....NYANYI SEMUA!!!!....



Angguk2, geleng2, tunduk2 ikut telunjuk
Iya2, saya2, kiri kanan ikut saja

Kita tunduk pabila diketuk
Biarkan terhantuk tak usah dipujuk
Relakan dipatuk ingat pesan atuk
Sabar, sabar, sabar, sabar!

Tak apa, tak kisah, tak rugi, tak mati, tak ambil peduli
Berserah dan pasrah biar dada didabik, adat pasang turun naik
Didera, dijajah terus kita dipenjara
Jadi hamba, jadi kuli, jadi batu diam diri
Kita tunggu, kita lihat, kita nanti, kita perhati
Jangan merungut biar bertangguh, diam akur kita mesti patuh
Acuh tak acuh, endah tak endah, buat lawak bodoh selamba
Biar kita melopong, biar kita menganga
Biar mereka buat apa mereka suka, biar saja
Jangan melawan, jangan membantah, janganlah degil kena ikut perintah
Kena banyak diam biar apa orang kata, kita tawa dalam duka
Kecut takut, kalut, kolot, terkunci mulut, terkatup, tertutup
Kalah sabung menang sorak, senduk nasi tinggal kerak

Dik mari dik
Ye kak
Nama adik siapa?
..Mia
Adik pandai nyanyi tak?
Tahu...
Mari ikut akak nyanyi sama2

Tolak tambah kali ganda hitung kira skala nisbah
Maju mundur tinggi rendah berapa jumlah nilai bangsa

"Kak sekupang ke, 2 kupang ke, 3 kupang?"

Sawah sebendang, ladang sebidang, tanah sekangkang,
pohon sebatang
Kerana wang, semua hilang, hanya tinggal sehelai sepinggang
Yang Jenin, yang Lebai, yang Pandir, yang Luncai
Yang angannya tinggi, yang dibuai mimpi
Yang sawah terjual, maruah tergadai

   2 comments

KaY_ReX
June 21, 2005   02:14 PM PDT
 
wOkayz Ju..dh masOkkan dah lagU tuE..
Cari
June 20, 2005   10:16 AM PDT
 
JU...aku cadangkan kau masukkan lagu ni dalam real player ko tu supaya boleh nyanyi sama-sama...
aku dah dengar lagu ni best gak

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments